Polis Rampas DVD Cetak Rompak Dan Tahan Tiga Lelaki Warga China - Semasa | mStar

Polis Rampas DVD Cetak Rompak Dan Tahan Tiga Lelaki Warga China

MELAKA: Polis merampas 17,463 keping cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan lucah bernilai RM300,000 serta menahan tiga lelaki warga China dalam dua serbuan berasingan di sini hari ini.

Ketua Polis Melaka SAC 1 Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata dalam serbuan pertama pada pukul 1.15 pagi tadi, polis menahan dua lelaki berusia 30 dan 33 tahun di sebuah rumah sewa dua tingkat di Kampung Lapan, Tengkera, di sini.

"Semasa pemeriksaan dibuat seorang sedang tidur dan seorang lagi sedang menyusun DVD untuk diedarkan di negeri ini, Pulau Pinang dan Johor," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini.

Katanya dalam serbuan kedua pada pukul 3.30 pagi di sebuah rumah di Taman Kenanga Mewah di sini, polis menemui 14,137 keping DVD cetak rompak pelbagai tajuk dan 3,326 DVD lucah dan menahan seorang lelaki berusia 31 tahun.

Polis turut merampas 12 peralatan komputer yang dilengkapi 89 penyalin dan 87 botol dakwat pencetak, yang digunakan untuk mencetak DVD lucah dan cetak rompak itu dari rumah berkenaan.

Beliau berkata sindiket itu menyewa di rumah berkenaan dan bergerak aktif sejak tiga bulan lepas.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Penapisan Filem 2002 dan 16(3) akta sama bagi kesalahan mencetak DVD lucah dan cetak rompak manakala Seksyen 39(B) Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain