suria

PM Berlepas Ke Arab Saudi Untuk Lawatan Empat Hari

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini berlepas ke Arab Saudi untuk melakukan lawatan kerja empat hari.

Pesawat khas yang membawa beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira 6 petang.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Lawatan kerja Najib ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.

Perdana Menteri kemudian dijadual melawat Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dari 17 hingga 19 Jan sebagai memenuhi undangan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

Ini disusuli dengan lawatan kerja ke India dari 19 hingga 23 Jan atas jemputan Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh.

Lawatan Perdana Menteri ke tiga buah negara itu merupakan lawatan rasmi beliau yang pertama sejak menjadi Perdana Menteri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain