UK Berminat Tingkatkan Hubungan Pendidikan Dengan Malaysia - Semasa | mStar

UK Berminat Tingkatkan Hubungan Pendidikan Dengan Malaysia

LONDON: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Britain berminat mengadakan perbincangan mengenai cara bagi meningkatkan hubungan dalam bidang pendidikan dengan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata ini termasuk isu yang mempunyai kaitan dengan pendidikan. Beliau berkata hasrat itu disuarakan oleh Perdana Menteri Britain Gordon Brown dalam perbincangan ringkas mereka sebelum Brown merasmikan Forum Pembelajaran dan Teknologi Dunia 2010 di sini pada Isnin.

Muhyiddin merupakan menteri tunggal yang dijemput oleh Brown dalam kalangan 73 menteri yang menghadiri forum itu untuk mengadakan perbincangan sebelum majlis perasmian forum berkenaan.

Forum Pembelajaran dan Teknologi Dunia 2010 adalah acara terulung dunia dalam teknologi pembelajaran bagi menarik pemimpin negara dan antarabangsa dari seluruh dunia untuk berkongsi amalan terbaik serta membahaskan amalan masa depan dalam bidang pendidikan serta kemahiran.

Forum itu diketuai oleh Becta (agensi peneraju kerajaan Britain untuk menyokong teknologi dalam pendidikan bagi pihak jabatan Inovasi, Universiti dan Kemahiran dan Jabatan Kanak-kanak, Sekolah dan Keluarga (DCSF) serta Jabatan Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran (BIS) dan disokong sepenuhnya oleh British Council serta beberapa rakan pertubuhan yang lain.

Ia merupakan forum kepimpinan pendidikan terbesar dunia meliputi sekolah, pendidikan tinggi dan lanjutan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain