suria

Kesalahan Imigresen: 27 Warga Asing Dihukum Penjara

TAWAU: Mahkamah Sesyen di sini hari menjatuhkan hukuman penjara antara sebulan dan enam bulan terhadap 23 warga Filipina dan empat rakyat Indonesia kerana pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.

Hakim Mahkamah Sesyen, Egusra Ali menjatuhkan hukuman berkenaan selepas kesemua tertuduh yang termasuk lima wanita mengaku bersalah.

Lapan belas daripada tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan serta dua sebatan kerana masuk ke negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah manakala selebihnya dihukum penjara antara satu dan enam bulan kerana tinggal lebih masa di negeri ini.

Terdahulu, pegawai pendakwa dari Jabatan Imigresen, Mohd Jeffry Mohamad, memberitahu mahkamah bahawa kesemua tertuduh, kebanyakannya pekerja ladang, ditangkap antara 26 Disember 2009 dan 6 Januari lepas di Tawau dan Lahad Datu.

Katanya, ini merupakan kesalahan pertama kesemua tertuduh. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain