suria

Regata: Orang Ramai Diminta Beri Kerjasama

LANGKAWI: Pihak yang terlibat dengan aktiviti maritim di perairan Langkawi diingatkan supaya berhati-hati dan memberi laluan kepada kapal-kapal layar yang sedang mengambil bahagian pada Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2010 ke-8 yang bermula hari ini hingga Jumaat.

Ketua Penguatkuasa Wilayah Utara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim, Zulkifili Abu Bakar berkata, pengusaha feri penumpang dan bot pelancong serta para nelayan perlu memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran kejohanan yang turut disertai pelayar antarabangsa.

Zulkifili turut mengingatkan pihak berkenaan supaya berhati-hati dalam memastikan keselamatan penumpang mereka.

Sebanyak 26 kapal layar dari 11 negara mengambil bahagian dalam kejohanan yang turut mengelilingi sekitar pulau ini. - BERNAMA

Artikel Lain