Program Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Diperhebat - Semasa | mStar

Program Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Diperhebat

KUALA TERENGGANU: Program English Teaching Assistant (ETA) yang menggunakan khidmat pelajar cemerlang Fulbright Scholars dari Amerika Syarikat akan diteruskan dalam usaha membantu pelajar Terengganu mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Ketua Sektor Akademik, Jabatan Pelajaran Terengganu, Mohd Zuber Embong berkata, seramai 14 pelajar berkenaan akan dibawa ke Terengganu menerusi pertukaran pendidikan Malaysia-Amerika Syarikat (MACEE) yang akan diuruskan kerajaan negeri dengan kerjasama jabatan berkenaan.

"Program kali ini merupakan kali kelima diadakan yang sehingga kini telah membabitkan lebih 50 pembantu pengajar Bahasa Inggeris diambil dan ditempatkan di sekolah-sekolah kawasan bandar dan pedalaman," katanya.

Menurutnya, kesemua pelajar berkenaan yang akan tiba di Terengganu mulai Khamis ini, terdiri daripada pelajar pelbagai kolej dan universiti di Amerika Syarikat termasuk dari Universiti Havard.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan akan diletakkan di setiap daerah setelah mereka mengikuti program orientasi selama dua minggu di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pintu Utama Gereja SIB Seremban 2 Dibakar

Artikel Berikut

Regata: Orang Ramai Diminta Beri Kerjasama

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain