suria

Pemasangan CCTV Di Seremban Ditingkatkan

SEREMBAN: Pemasangan kamera tertutup (CCTV) di sekitar bandar ini akan dipertingkatkan di tempat-tempat sensitif terutama selepas berlakunya perbuatan sabotaj terhadap gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di Seremban 2 hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setakat ini bandar Seremban sudah mempunyai 21 kamera CCTV dan banyak lagi akan dipasang dalam fasa kedua tidak lama lagi.

"Kita akan pasang di tempat-tempat strategik. Pada hari siang ia akan dipantau oleh Majlis Perbandaran Seremban dan waktu malam ia akan diserahkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas melawat gereja berkenaan di kawasan Lake View Square.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh pula berkata, perbuatan sabotaj itu menunjukkan ia bukan mahu membakar gereja tersebut tetapi lebih bertujuan untuk provokasi. - BERNAMA

Artikel Lain