suria

Orang Ramai Dinasihat Jangan Percaya Khabar Angin

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menasihatkan orang ramai supaya jangan percaya kepada khabar angin dan SMS yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab berhubung serangan ke atas gereja di ibu negara.

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini dan mengessahkan maklumat yang mereka terima mengenai insiden tersebut daripada bilik gerakan polis yang beroperasi 24 jam sehari di seluruh negara.

Menurutnya, pihak polis tidak akan menyembunyikan apa-apa maklumat terbaru mengenai kejadian itu.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri pertemuan dengan perwakilan asing di Malaysia di Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul selepas ini.

Artikel Lain