suria

Dua Sahabat Maut Dalam Kemalangan

MARANG: Dua sahabat karib terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Km 20 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Seberang Marang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahya berkata, Mazlan Mustaffa, 40, seorang nelayan, dan rakannya Mohd Rijalufadlullah Hasan, 28, penganggur, mati di tempat kejadian dalam nahas pada jam 9.30 malam itu.

Katanya, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Ahmad Mazlan berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan telah dituntut oleh keluarga masing-masing malam tadi. - BERNAMA

Artikel Lain