suria

Suami Isteri Ditahan Bantu Kes Bunuh

IPOH: Polis menahan sepasang suami isteri berusia 23 dan 24 tahun bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh di tepi longkang berhampiran Sungai Wangi, Sitiawan, 80 kilometer dari sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman ketika dihubungi berkata, mayat lelaki itu yang dikenali sebagai M.Kumaran, 29, yang juga seorang penganggur, ditemui dengan kesan kecederaan di kepala dan badan dipercayai ditetak, pada kira-kira jam 1 pagi tadi.

Polis yang menjalankan siasatan telah menahan pasangan yang tinggal di Taman Bestari, Sitiawan, ketika mereka membuat laporan polis semalam berhubung kejadian tersebut. Punca kejadian masih belum diketahui.

Sebelum itu, keluarga mangsa membuat laporan polis selepas mangsa tidak pulang ke rumah sejak empat hari lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain