suria

PPIM Tawar Sukarelawan Bantu Pantau Rumah Ibadat

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menawarkan sukarelawan bagi membantu pihak berkuasa memantau keselamatan rumah-rumah ibadat.

Setiausaha Kerja PPIM Datuk Nadzim Johan berkata penawaran sukarelawan itu adalah antara langkah awal yang diambil oleh persatuan tersebut dalam usaha membantu polis.

"Kita harap sukarelawan kita dapat memainkan peranan mereka dan setakat ini telah ada lebih 300 orang yang menyatakan persetujuan untuk sama-sama membantu memantau keselamatan rumah ibadat dan penambahan sukarelawan ini juga akan diperkembangkan ke seluruh negara dalam usaha kita membantu memastikan keharmonian dapat dikekalkan.

"Dengan ini, PPIM harap dapat membantu meredakan keadaan yang kelihatan sedikit tegang ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selain itu, beliau juga mengesa kerajaan supaya mereka yang terlibat dengan insiden membakar gereja dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Semalam, tiga gereja diserang iaitu Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, Kuala Lumpur, Gereja Assumption, Jalan Templer dan Gereja Life Chapel, Damansara, kedua-duanya di Petaling Jaya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain