suria

Polis Siasat Cubaan Bakar Gereja Keempat

PETALING JAYA: Satu lagi cubaan membakar sebuah gereja, Good Shepherd Lutheran dikesan di sini hari ini menjadikannya empat kes melibatkan perbuatan khianat itu sehingga kini .

Polis yang sedang menyiasat kejadian berkenaan berkata, kejadian terbabit dikatakan berlaku pada waktu yang sama tiga gereja lain dilontar bom petrol awal pagi semalam bagaimanapun tiada kerosakan dilaporkan .

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian itu memberitahu, pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak gereja dan saksi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain