suria

Pengguna Wajar Pulau Peniaga Naikkan Harga

MELAKA: Pengguna wajar memulau peniaga yang menaikkan harga makanan dan minuman berikutan harga gula dinaikkan 20 sen sekilogram bermula 1 Januari lepas.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan dan minuman berikutan kenaikan harga gula.

"Ada kopi 0 daripada 90 sen secawan dinaikkan RM1, saya harap pengguna pandai, jangan masuk kedai atau restoran yang pengusahanya menaikkan harga secara mendadak," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Besar Melaka Sentral dan pasaraya Tesco di sini, hari ini.

Beliau berkata peniaga juga diingatkan tidak menaikkan harga barangan lain yang tiada kaitan dengan gula.

Bahagian penguatkuasa kementerian itu sedang membuat pemantauan di seluruh negara dan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang cuba menaikkan harga sewenang-wenangnya, katanya.

Menurutnya orang ramai juga perlu menyahut kempen kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman sebagai langkah menjaga kesihatan diri. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain