suria

Pemandu Nyaris Maut Lori Terbakar Di Lebuh Raya

ALOR SETAR: Seorang pemandu lori nyaris maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Kilometer 53.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran plaza tol Alor Setar Selatan, di sini, hari ini.

Mangsa, Mohd Izam Fahimi Zakaria, 32, berkata beliau tidak dapat mengawal kenderaan itu apabila tayar tiba-tiba pancit lalu terbalik ketika dalam perjalanan menghantar barang makanan dari Juru, Pulau Pinang ke bandar Darul Aman dekat sini.

"Kaki kiri saya turut tersepit dan saya mengambil masa yang lama untuk keluar dari lori tersebut sebelum dibantu oleh orang ramai," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, seorang jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Tun Razak, di sini, berkata pihaknya mengambil masa selama 10 minit untuk memadam api selepas menerima laporan pada pukul 4.28 petang tadi.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk sepanjang tiga kilometer di laluan menghala ke utara. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain