suria

Pejabat SSM Pindah Ke KL Sentral Esok

KUALA LUMPUR: Ibu pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang terletak di Putra Place, The Mall di sini akan dipindahkan secara berperingkat ke bangunan baru di KL Sentral dalam tiga fasa mulai esok.

Konsultan/Ketua Perhubungan Awam SSM, R. Thrichelvam dalam satu kenyataan hari ini berkata, fasa pertama akan dilaksanakan mulai esok sehingga 17 Januari yang melibatkan bahagian akademi latihan; bahagian pematuhan/pendakwaan; bahagian siasatan; dan perkhidmatan perundangan/aduan.

Menurutnya fasa kedua pula bermula dari 2 hingga 14 Februari yang melibatkan bahagian ketua pegawai eksekutif/timbalan ketua pegawai eksekutif; bahagian sumber korporat; bahagian pentadbiran; bahagian polisi & pembangunan korporat/seksyen perhubungan awam; dan seksyen operasi pejabat negeri/audit dalam.

Katanya, fasa terakhir akan melibatkan bahagian pembangunan perniagaan & pemasaran/kaunter bayaran; bahagian perkhidmatan pendaftaran; bahagian pengurusan dokumen; bahagian teknologi maklumat & komunikasi; bahagian kewangan; dan bahagian pendaftar perniagaan mulai 27 Februari hingga 14 Mac.

Thrichelvam berkata, kaunter bayaran pendaftar syarikat (ROC) akan terus beroperasi di Putra Place sehingga 12 Mac ini. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain