suria

Kes Wanita Warga Emas Edar Ketamin Disebut 2 Februari

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 2 Februari depan untuk sebutan semula kes wanita warga emas yang didakwa mengedar dadah jenis ketamin seberat 2,925 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Februari tahun lepas.

Penolong Kanan Pendaftar R.Kogilla menetapkan tarikh itu selepas Peguam K.A.Ramu yang mewakili tertuduh, Fazila Bee Abdul Kareem, 63, memaklumkan bahawa pihaknya akan menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara.

Tertuduh, seorang warganegara India, mengaku tidak bersalah mengedar dadah berbahaya itu di Kaunter Pemeriksaan Kastam A, Unit Khas Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA, kirakira pukul 2.30 petang pada 13 Feb tahun lepas.

Fazila Bee didakwa mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rozana Abdul Hadi. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain