suria

Keputusan Terima Notis Letak Jawatan Salehudin Esok

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada menerima atau menolak notis peletakan jawatan Datuk Salehuddin Hashim sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diputuskan pada mesyuarat Biro Politik parti itu esok.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, beliau telah menerima e-mel salinan notis peletakan jawatan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, mengikut Salehuddin, notis itu berkuatkuasa 31 Januari ini serta tidak menyatakan alasan mengenai peletakan jawatan tersebut.

Semalam, Salehuddin dilaporkan meletak jawatan sebagai setiausaha agung PKR untuk membolehkan beliau menumpukan perhatian dalam bidang perundingan pengurusan minyak dan gas.

Beliau yang mengambil alih jawatan tersebut daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Mac 2008, bagaimanapun kekal sebagai anggota biasa parti itu.

Salehuddin mula menyertai PKR pada 2004 sebagai setiausaha pengelola sebelum dilantik menjadi setiausaha agung. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain