Murid Tahun Lima Dikhuatiri Lemas - Semasa | mStar

Murid Tahun Lima Dikhuatiri Lemas

PASIR MAS: Seorang murid tahun lima dikhuatiri lemas selepas dilapor tergelincir ke dalam sungai Kelantan di sini, hari ini ketika sedang bermain di kawasan itu bersama tiga lagi rakannya.

Kejadian dilapor berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang ketika Mohd Hafizi Azmi, 11, bermain di kawasan itu bersama tiga lagi rakannya.

Seorang rakan murid berkenaan, Ibrahim Adhan Yahya, 11, berkata mereka ke sungai itu untuk menangkap ikan selepas pulang dari sekolah dan ketika dia bersama dua rakannya leka menangkap ikan, Mohd Hafizi bermain di atas kayu yang terdampar di tepi sungai itu.

"Tiba-tiba saya tengok Hafizi tergelincir jatuh ke sungai dan menjerit minta tolong dengan tangannya terkapai-kapai, saya ingatkan dia bergurau," katanya.

Ibrahim berkata dia bagaimanapun terus meluru ke arah Hafizi namun rakannya itu yang tidak pandai berenang terus tenggelam.

Mohd Hafizi dan rakan-rakannya merupakan murid Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Mohd Adenan Said berkata pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 14 anggota termasuk dari Unit Skuba Kota Baharu dan Pengkalan Kubor, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

MPKB Belanja RM400,000 Tahun Lepas

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain