suria

Lelaki Myanmar Dituduh Edar Dadah Di Hospital

KUANTAN: Seorang lelaki warga Myanmar hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, minggu lepas.

Aung Htay Myint, 32, didakwa mengedar lapan paket plastik lutsinar berisi 17 gram dadah heroin di bilik nombor 2, HTAA, pada 1.30 pagi, 29 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Majistret Norzaihan Mohd Ali menetapkan 25 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Cif Insp T. Murugesu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain