suria

Polis Hentikan Operasi Mencari Dan Menyelamat Remaja Hilang

LAHAD DATU: Polis hari ini menghentikan operasi mencari seorang remaja Indonesia yang dilaporkan hilang ketika sedang mandi di pantai Felda Sahabat 16 dekat sini Jumaat lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah ASP Bong Kuet Khiun berkata Rafi Mahamudin, 14, dikatakan hilang ketika sedang mandi bersama rakanrakannya di pantai berkenaan pada kira-kira pukul 4.30 petang, namun kejadian itu cuma dilaporkan kepada polis kirakira pukul 9.15 malam pada hari kejadian.

Belliau berkata sejurus selepas menerima laporan, pihak polis dengan bantuan bomba, Pasukan Gerakan Marin dan Pasukan Gerakan Am, terus melancarkan gerakan mencari, namun gagal membuahkan hasil sehingga kini.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dengan menelefon 08-9881255 bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Lain