suria

Kecurian Enjin Jet F5E: Ramai Lagi Akan Didakwa

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, ramai lagi yang akan didakwa di mahkamah berhubung kes kecurian enjin jet pesawat pejuang F5E yang dicuri dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dua tahun lalu.

“Ya, jika saya dapat bukti ada lagi yang terlibat, saya akan dakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada soalan para pemberita sama ada terdapat lagi suspek yang akan didakwa berhubung kes tersebut.

Malah Abdul Gani berkata, pejabatnya akan melihat sebarang kemungkinan untuk memperolehi ekstradiksi jika mereka yang terlibat di dalam kecurian itu berada di luar negara sekarang.

Hari ini, seorang sarjan TUDM dan pengarah syarikat telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan terlibat dalam mencuri dan menjual enjin pesawat itu ke luar negara.

Artikel Lain