suria

Kastam Selangor Rampas Rokok Kretek Bernilai RM137,320

PELABUHAN KLANG: Kastam Selangor merampas rokok kretek bernilai RM137,320 dalam serbuan secara berasingan ke atas sebuah lori dan dua kereta di negeri ini dua hari lepas.

Pengarah Kastam Selangor Datuk Roslan Yusof berkata jumlah cukai keseluruhan ke atas rokok itu dianggarkan RM364,864.

Beliau berkata dalam kes pertama, pegawai Kastam Selangor menahan sebuah lori seberat tiga tan bernombor JHT 3349 kirakira 12.30 tengah hari di Km2, Jalan Kuala Selangor-Batu Karang, Selangor Isnin lepas kerana disyaki membawa barangan yang belum diluluskan.

"Hasil pemeriksaan mendapati lori dimuatkan dengan rokok kretek pelbagai jenama bernilai hampir RM114,416 yang dibungkus plastik hitam dan disorokkan di dalam tong ikan yang terdapat dalam lori itu.

"Pemeriksaan lanjut mendapati rokok kretek itu tidak mempunyai setem cukai dan mempunyai tanda bebas cukai.

"Kesemua rokok ini dipercayai diseludup dari luar negara untuk pasaran tempatan," kata beliau kepada pemberita di Wisma Kastam, Pelabuhan Utara, di sini.

Roslan berkata pemandu lori berkenaan yang berusia dalam lingkungan 30an ditahan reman bagi tujuan siasatan.

Menurutnya, Kastam Selangor juga merampas rokok kretek bernilai RM22,904 dan melibatkan cukai RM71,230.68 dalam dua kereta secara berasingan pada 10.15 pagi dan 12.45 tengah hari di Pekan Kapar dan Jalan Sabak BernamHutan Melintang, Selangor, semalam.

"Hasil pemeriksaan ke atas keduadua kereta itu secara berasingan mendapati ia dimuatkan dengan rokok kretek pelbagai jenama yang dibungkus dengan plastik hitam dan disorokkan dalam kereta itu," katanya.

Beliau berkata sebanyak 518 kes penyeludupan secara langsung dikesan Kastam Selangor sepanjang tahun lepas berbanding dengan 478 kes pada tahun 2008.

Katanya jumlah nilai dan cukai keseluruhan ke atas rampasan yang terlibat adalah masingmasing dianggarkan sebanyak RM54.9 juta dan RM60.6 juta.

Roslan berkata rokok putih, rokok kretek, bir, minuman keras, kenderaan, mercun, bunga api, beras dan dadah menjadi dagangan utama yang berjaya dirampas Kastam Selangor.

Dalam perkembangan lain, Roslan berkata Kastam Selangor merampas mercun dan bunga api bernilai RM120,000, dipercayai diseludup dari China, dalam satu serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Lorong Sri Banang, Taman Sri Andalas, Klang hari ini.

Beliau berkata seorang lelaki berusia 40-an ditahan kirakira 12 tengah hari tadi bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain