suria

Umno Kedah Bantah Tarif Air Dinaikkan

ALOR SETAR: Umno Kedah membantah keras sebarang kenaikan tarif air di negeri itu selepas Jabatan Bekalan Air Kedah (JBA) dikorporatkan mulai Januari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Nawawi Ahmad, berkata kenaikan itu akan menambah bebanan rakyat terutama nelayan kecil, petani, penoreh getah dan yang tiada pendapatan tetap.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan berkata pada Disember lepas bahawa tarif air mungkin dinaikkan apabila JBA dikorporatkan dengan nama Syarikat Air Darul Aman (SADA) mulai 1 Januari ini.

Bagaimanapun setakat ini Azizan belum membuat pengumuman mengenai pengkorporatan JBA.

Nawawi berkata kerajaan negeri seharusnya memberi justifikasi sebelum mencadangkan kenaikan tarif itu dan menjelaskan tentang operasi SADA. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain