suria

Penerbangan Ehsan Tentera Darat Bawa Organ Untuk Pesakit IJN

Helikopter Tentera Darat melakukan penerbangan ehsan dari Muar, Johor ke Kuala Lumpur, hari ini. -Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI.

KUALA LUMPUR: Helikopter Tentera Darat hari ini melakukan penerbangan ehsan dari Muar, Johor ke Kuala Lumpur bagi membawa organ yang didermakan kepada pesakit Institut Jantung Negara (IJN).

Jantung dan paru-paru telah didermakan oleh seorang pesakit Hospital Muar yang baru sahaja meninggal dunia, menurut jurucakap Perhubungan Awam Tentera Darat.

Beliau berkata penerbangan ehsan itu yang menggunakan pesawat Augusta 109 LOH berlepas dari padang Sekolah Tinggi Muar pada pukul 5.35 petang ini, dan mendarat di padang Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 6.10 petang tadi.

Pesawat itu diterbangkan oleh Mejar Mohd Adnan Yakub dan dibantu oleh Kapten Asri Ramli.

"Sejurus tiba organ itu dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk diberikan kepada pesakit yang memerlukan," katanya.

Bagaimanapun, pegawai bahagian pemindahan organ IJN tidak dapat dihubungi bagi mendapat maklumat lanjut mengenai pemindahan organ itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain