suria

Suami Isteri Terbunuh Dalam Nahas Jalan Raya

REMBAU: Sepasang suami isteri terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 233, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi, malam tadi.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku pada jam 7 malam apabila kereta dinaiki Agam Hamid, 60, dan isterinya, Habsah Hassan, bersama seorang ahli keluarga lain dirempuh oleh sebuah kenderaan yang terbabas.

Agam dan Habsah, dari Kampung Padang Melekek, Alor Gajah, meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang kakak Habsah yang duduk di tempat belakang, dan pemandu kenderaan yang satu lagi mengalami kecederaan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain