suria

Kastam Terengganu Patahkan 172 Penyeludupan Tahun Lalu

Azis menunjukkan rokok kretek yang berjaya dirampas pada 30 November lepas ketika mengadakan sidang akhbar di Pejabat KDRM di sini, hari ini. Sebanyak 92,000 paket rokok kretek yang bernilai RM293,760 dengan nilai cukai sebanyak RM919,203.60 berjaya dirampas di Kilometer 55, Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kota Bharu berdekatan Setiu. --fotoBERNAMA

KUALA TERENGGANU: Kastam Terengganu berjaya mematahkan 172 kes penyeludupan pelbagai barangan dengan jumlah rampasan bernilai kira-kira RM1.2 juta membabitkan cukai kira-kira RM3.2 juta sepanjang tahun lepas.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Azis Yacub berkata, kes penyeludupan rokok merupakan tertinggi dengan 127 kes membabitkan nilai rampasan RM752,821 dan cukai kira-kira RM2.6 juta.

"Yang lain-lainnya ialah kereta, mercun,bunga api, arak, telefon bimbit, motosikal dan lain-lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, rampasan terbaru rokok dibuat pada 23 Disember lepas membabitkan 3,330 paket rokok bernilai RM6,400 serta cukai sebanyak RM21,620.30 di Jalan Kuantan-Kemaman.

Pada tarikh yang sama katanya, sebuah MPV disyaki belum lulus kastam dirampas di Pekan Setiu,

Azis berkata, pada tahun ini, sebanyak 67 anggota baru akan ditempatkan di negeri ini bagi meningkatkan lagi aktiviti pencegahan penyeludupan melalui jalan laut.

Beliau berkata, Kastam telah mengenal pasti lapan tempat dari Kemaman hingga Besut yang menjadi pangkalan penyeludupan rokok melalui laut. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain