suria

Gempa Bumi Kuat 7.2 di Kepulauan Solomon

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.2 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Solomon pada 6.37 pagi ini waktu Malaysia.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini menyebut, gempa bumi itu berpusat di latitud 8.9 Selatan dan longitud 156.6 Timur.

Menurut kenyataan itu, pusat gempa bumi berkenaan terletak di 378km dari barat laut Honiara, Pulau Solomon, dan 4512km dari tenggara Kunak, Sabah.

Kenyataan itu juga menambah gempa berkenaan tidak mendatangkan ancaman tsunami ke atas Malaysia.

Artikel Berikut

Artikel Lain