suria

Dua Maut, Seorang Parah Kereta Rempuh Pokok

TAIPING: Dua terbunuh, seorang cedera parah apabila kereta yang mereka naiki merempuh sebatang pokok di tepi Jalan Aulong di sini awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 2.49 pagi itu ialah S.Logonathan, 31, dan A.Manimaram, 36, kedua-dua dari Kampung Dew di sini.

Mereka meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

"Pemandu kereta itu, S.Jayakumar, berusia 30 tahun yang juga dari kampung yang sama mengalami cedera parah di kepala dan kini dirawat di hospital yang sama," katanya.

Katanya, dalam kemalangan itu, bahagian depan kereta itu remuk menyebabkan ketiga-tiga mangsa tersepit dan mereka dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain