suria

Remaja Yang Hilang Selepas Jatuh Ke Sungai Ditemui Mati

KOTA BAHARU: Anak lelaki seorang anggota bomba dan penyelamat yang hilang di Sungai Pengkalan Datu di Kampung Panchor dekat sini awal pagi semalam ditemui mati lewat malam tadi tidak jauh dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa di sini Shukri Ismail berkata Ridzalani Ramli, 18, ditemui terapung di permukaan sungai kira-kira pukul 11.23 malam ketika air sungai pasang.

"Mayatnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.45 pagi semalam, Ridzalani yang menunggang motosikal sendirian melalui Jambatan Panchor yang baru siap dikatakan terlanggar sebuah kon plastik yang terletak di sebelah kiri jambatan itu, menyebabkan beliau terjatuh ke dalam sungai.

"Jenazah Allahyarham sudah dituntut oleh keluarga sebaik selesai pembedahan awal pagi ini," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain