suria

Kalimah Allah: Wanita Umno Mahu Jumpa Menteri Suarakan Kebimbangan

KUALA LUMPUR: Wanita Umno berhasrat mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom untuk memaklumkan kebimbangan tentang implikasi keputusan mahkamah membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam penerbitan mingguan gereja Katolik.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan itu akan memperjuangkan dan menentukan kedudukan dan kesucian agama Islam tidak dicemarkan.

"Jika perlu kami akan memohon perkenan mengadap Tuanku Agong," katanya dalam kenyataan hari ini.

Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan HeraldThe Catolic Weekly menggunakan perkataan "Allah".

Pada 16 Feb lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain