Pondan Ditemui Mati Ditikam - Semasa | mStar

Pondan Ditemui Mati Ditikam

JOHOR BAHARU: Seorang pondan warga tua ditemui dalam keadaan tertiarap dengan beberapa kesan kecederaan di biliknya di rumah kedai tiga tingkat di Jalan Wong Ah Fook, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong, 64, ditemui pada jam 7.15 pagi dengan kesan tikaman di bahagian perut dan dada.

"Mangsa yang hanya berseluar dalam turut mengalami sedikit luka pada tangan kanannya," katanya ketika dihubungi di sini.

Zainuddin berkata, polis pada mulanya menerima laporan mengenai satu pergaduhan yang berlaku di rumah kedai itu sebelum menemui mayat Wong di dalam bilik berkenaan.

"Wong mungkin mengenali penyerangnya kerana pintu biliknya tidak mengalami sebarang kesan pecah masuk. Beg duitnya juga ada padanya tetapi tidak berisi wang," katanya.

Beliau berkata, motif kejadian sedang disiasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain