Kementerian, Industri Bincang Kurang Gula Dalam Produk - Semasa | mStar

Kementerian, Industri Bincang Kurang Gula Dalam Produk

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan 60 wakil industri makanan dan minuman bagi menggalakkan mereka mengurangkan kandungan gula dalam produk yang dihasilkan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Mesyuarat itu, yang akan dipengerusikan olehnya, akan diadakan pada 12 Jan ini dan turut disertai wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, katanya.

Beliau berkata beberapa syarikat telah mengurangkan kandungan gula dalam makanan dan minuman yang dihasilkan sebagai menyokong kempen mengurangkan penggunaan gula.

Pengguna juga diharapkan dapat mengurangkan pengambilan gula kerana menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang, penduduk Malaysia didapati mengambil 26 sudu teh gula sehari berbanding tujuh sudu gula sahaja yang disyorkan, katanya.

"Kita harus sentiasa memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa pengambilan gula berlebihan akan memudaratkan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Back to School" di sini hari ini.

Mengenai program "Back to School", Rosnah yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno berkata program itu akan menjadi acara tahunan pergerakan itu mulai tahun ini di setiap negeri.

"Kita memberi bantuan peralatan peralatan sekolah seperti beg dan alat tulis kepada golongan sasaran misalnya kepada anakanak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan kurang berkemampuan," katanya.

Pada hari ini, Puteri Umno Selangor menyumbangkan peralatan sekolah kepada 46 muridmurid OKU Sekolah Kebangsaan Taman Medan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

JPJ Tumpu Pada Kesalahan Ragut Nyawa

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain