Polis London Diminta Bantu Kesan Raja Petra - Semasa | mStar

Polis London Diminta Bantu Kesan Raja Petra

KUALA LUMPUR: Polis percaya pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin yang telah dikenakan waran tangkap, masih bersembunyi di London dan usaha sedang dibuat untuk mengesannya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata beliau telah meminta bantuan pihak polis di London untuk mengesan Raja Petra.

"Hasil risikan, polis percaya dia masih bersembunyi di London dan dengan itu saya telah meminta bantuan pihak berkuasa di sana untuk mengesan Raja Petra," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata Raja Petra dikehendaki pulang ke negara ini bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Kalau rasa diri tidak bersalah Raja Petra perlu tampil bersihkan nama, kenapa perlu bersembunyi? Dia perlu balik ke sini," katanya.

Mengulas mengenai permohonan perintah ekstradisi terhadap Raja Petra, Musa berkata permohonan itu mengambil tempoh yang lama sebelum Raja Petra dapat dibawa pulang ke negara ini melalui cara itu.

"Sepatutnya tidak perlu perintah (ekstradisi) ini. Dia sendiri perlu serah diri," kata Musa.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor melalui laman webnya.

Akhbar tempatan melaporkan bahawa dia kini menetap di sebuah kediaman sewa di kota London. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain