suria

Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Tong Sampah

IPOH: Seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terkejut apabila menemui mayat bayi yang baru dilahirkan di dalam tong sampah ketika pekerja terbabit sedang mengutip sampah di kawasan rumah pangsa, Jalan Asby di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, mayat bayi perempuan itu ditemui pada pukul 11.30 pagi tadi oleh pekerja terbabit yang terus melaporkannya kepada pihak polis.

"Mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azisman berkata, polis kini sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan sehingga kini belum ada suspek yang ditahan.

Sehubungan itu, Azisman meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui atau melihat kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain