suria

PPZ Sumbang RM26,000 Baik Pulih Bilik Permainan Jabatan Pediatrik HKL

Pengurus Besar Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Mohd Rais Alias (kanan) menyampaikan sumbangan dari PPZ kepada Nursafia Natasya Shaiful Anwar, 2 bulan selepas merasmikan Bilik Permainan Kanak-Kanak di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini.-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menyampaikan sumbangan sebanyak RM26,000 dengan menaiktaraf dan membaik pulih bilik permainan di Jabatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi memberi keselesaan kepada pesakit kanak-kanak di situ.

Pengurus Besar PPZ, Mohd Rais Alias berkata, sumbangan berkenaan termasuk memasang pendingin hawa, kipas, menambah alat permainan dan memasang jubin sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial agensi berkenaan kepada golongan yang memerlukan.

“Ini merupakan sumbangan yang kita terima rakyat dan kita berikan kepada pesakit-pesakit yang benar-benar memerlukan bantuan tersebut.

“Secara fitrahnya kanak-kanak suka pada barang permainan dan dengan cara ini secara tidak langsung dapat meringankan beban dan sakit yang dihidapi oleh kanak-kanak tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Bilik Permainan Kanak-kanak di HKL di sini hari ini.

Hadir sama termasuk Timbalan Pengarah 1 HKL, Dr Nor Laila Ibrahim dan Ketua Jabatan Pediatrik, Dr. Hussain Imam Muhammad Ismal.

Mohd. Rais berkata, sumbangan PPZ tidak terhad kepada HKL semata-mata malah mereka dari semasa ke semasa turut memberikan sumbangan kepada hospital lain dan orang perseorangan yang benar-benar memerlukan.

Sementara itu, Dr. Hussain menyeru labih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO)dan syarikat korporat menyumbang serta memberikan sokongan moral kepada pesakit kanak-kanak di situ dalam membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mereka.

“Mereka bukan sahaja memerlukan bantuan peralatan malah mereka (pesakit) di sini sebenarnya memerlukan teman yang boleh memberikan kata-kata semangat kepada mereka.

“Adalah lebih baik jika NGO yang terlibat ini boleh meluangkan masa dengan mengadakan lawatan dan melakukan apa-apa aktiviti riadah bersama-sama dengan pesakit,” katanya

Jelas Dr Hussain, kaedah tersebut merupakan satu proses penyembuhan penyakit secara psikologi kerana secara fitrahnya kanak-kanak suka kepada belaian.

“Ini merupakan satu kaedah terbaik kerana bukan sahaja kanak-kanak yang sakit ini perlu diberikan tumpuan malah ibu bapa yang mengorbankan masa untuk menjaga anak mereka yang bermasalah perlu turut diberi perhatian,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain