suria

Mayat Bayi Perempuan Ditemui Di LRT Jalan Jelatek

KUALA LUMPUR: Orang awam yang melalui kawasan LRT Jalan Jelatek di sini hari ini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan di dalam beg plastik yang diletakkan di atas pelantar konkrit berhampiran Sungai Klang.

Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 1.00 petang.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata siasatan polis mendapati janin itu juga masih mempunyai uri.

"Bayi perempuan itu dianggarkan 8 hingga 9cm panjang dan berkemungkinan dilahirkan dalam tempoh 24 jam.

"Polis tidak menolak kemungkinan bayi tersebut dibuang di tempat lain dan hanyut kemudian terdampar di situ atau sememangnya ditinggalkan di situ,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Zakaria meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kes terbabit tampil memberi maklumat di balai polis berdekatan.

Artikel Berikut

Artikel Lain