suria

Lima Rumah Kedai Di Jalan Macalister Terbakar

PULAU PINANG: Lima rumah kedai terlibat dalam kebakaran di Jalan Macalister di sini, awal hari ini.

Kebakaran yang berlaku kira-kira 4 pagi itu membabitkan deretan rumah kedai yang menempatkan agensi pekerjaan, kedai runcit, kedai cermin mata, kedai jahit dan kedai biskut.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada kedai runcit yang terletak di bahagian tengah deretan premis terlibat.

Ketua Operasi Bomba Negeri Wan Azmi Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.16 pagi dan api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira 6 pagi.

Sepuluh jentera dengan 40 anggota dari Balai Bomba Jalan Perak, Lebuh Pantai, Bagan Jermal, Paya Terubong dan Bayan Baru serta dibantu anggota bomba sukarela dari Kampung Pisang, Pengkalan Weld dan Tanjung terlibat dalam operasi memadamkan api itu.

Katanya punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain