suria

Lawatan Khalid Ke India Bersifat Peribadi

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang melakukan lawatan peribadi bersama keluarganya di India.

Kenyataan menerusi teks kiriman daripada Setiausaha Akhbar beliau Arfa'eza Abdul Aziz kepada Bernama malam semalam menyebut Abdul Khalid tidak bertemu mana-mana menteri dalam kedudukan rasmi beliau.

Arfa'eza berkata Abdul Khalid tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenai kedudukan rasmi beliau tetapi beliau dihampiri oleh kalangan peniaga yang melawat Malaysia baru-baru ini.

Abdul Khalid kini berada di Srinagar, kata beliau dalam mesej berkenaan.

Terdahulu, laporan Bernama menyebut bahawa Abdul Khalid dijangka bertemu Farooq Abdullah, Menteri Tenaga Baru dan Diperbaharui India.

Beliau juga dilaporkan tiba di Kashmir pada Rabu dan ketika ini tinggal di rumah tetamu kerajaan, Circuit Guest House.

Artikel Berikut

Artikel Lain