Hospital Gua Musang Perlu Ada Pakar - Semasa | mStar

Hospital Gua Musang Perlu Ada Pakar

GUA MUSANG: Hospital Gua Musang (HGM) yang baru yang boleh menampung lebih ramai pesakit perlu mempunyai doktor pakar bagi merawat penyakit kritikal, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, hospital tersebut yang bernilai hampir RM100 juta dan dijadual mula beroperasi Febuari ini memerlukan lebih ramai doktor pakar dalam pelbagai bidang kerana pesakit yang menghidap penyakit kritikal terpaksa dirujuk sama ada ke Hospital Kuala Krai atau Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu yang terletak sangat jauh dari Gua Musang.

"Begitu juga bagi mereka yang terbabit dengan kemalangan jalan raya hingga sebilangan besar di kalangan mangsa yang cedera parah dirujuk kepada hospital berkenaan hingga ada yang meninggal dunia dalam perjalanan.

"Mungkin jika HGM ada doktor pakar, pesakit tidak berdepan dengan risiko itu kerana dapat menerima rawatan segera," katanya.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang kesal kerana cadangannya untuk menjadikan hospital itu sebagai hospital daerah terbesar di Hulu Kelantan dengan dilengkapkan ramai doktor pakar tidak dipertimbangkan oleh kerajaan.

"Cadangan saya dulu untuk membina hospital terbesar di Hulu Kelantan dengan anggaran perbelanjaan RM250 juga membabitkan penyediaan 200 katil bagi pesakit di semua wad, tetapi ditolak," katanya ketika merasmikan majlis berkhatan berami-ramai peringkat kawasan Parlimen Gua Musang hari ini.

Beliau berkata bangunan baru hospital itu bagi mengantikan bangunan sedia ada yang kurang selesa kerana kurang kemudahaan dan tidak mampu menampung bilangan pesakit yang bertambah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jenayah Jalanan Meningkat Di Pulau Pinang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain