suria

Pengedar Emas Dakwa Rugi Hampir RM1j Di 'Lebuh Raya Seram'

'Lebuh Raya Seram' yang menghubungkan daerah Miri dan Bintulu sunyi dan terpencil serta jarang digunakan. Seorang pengedar barang kemas mendakwa dia mengalami kerugian hampir RM1 juta dalam satu rompakan bersenjata pada malam kelmarin. Foto THE STAR Oleh: STPEHEN THEN
'Lebuh Raya Seram' yang menghubungkan daerah Miri dan Bintulu sunyi dan terpencil serta jarang digunakan. Seorang pengedar barang kemas mendakwa dia mengalami kerugian hampir RM1 juta dalam satu rompakan bersenjata pada malam kelmarin. Foto THE STAR Oleh: STPEHEN THEN
'Lebuh Raya Seram' yang menghubungkan daerah Miri dan Bintulu sunyi dan terpencil serta jarang digunakan. Seorang pengedar barang kemas mendakwa dia mengalami kerugian hampir RM1 juta dalam satu rompakan bersenjata pada malam kelmarin. Foto THE STAR Oleh: STPEHEN THEN

MIRI: Seorang pengedar barang kemas mendakwa kerugian hampir RM1 juta dalam satu rompakan bersenjata di kawasan Miri-Bintulu, Lebuh Raya Borneo yang dikenali sebagai 'Lebuh Raya Seram’ di sini pada malam kelmarin.

Pengedar yang berusia 50-an itu membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Lelaki berkenaan mendakwa, dia diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata pada 24 Disember lalu ketika dalam perjalanan dari Miri ke Bintulu ketika menaiki teksi.

Dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Miri, pengedar barang kemas itu mendakwa, teksi yang dinaikinya telah diekori oleh sekumpulan perompak bersenjata yang kemudiannya menahan kereta berkenaan di Pusat Pelancongan Batu Niah kira-kira 100 kilometer (km) dari utara Bintulu dan 120km selatan Miri.

Dia berkata, perompak berkenaan bertindak memecahkan cermin tingkap teksi itu apabila pemandu teksi itu enggan membuka pintu.

Suspek kemudian merampas beg pakaiannya yang mengandungi barang kemas itu termasuk gelang, cincin dan beberapa barang kemas lain sebelum segera meninggalkan tempat kejadian tanpa mencederakan dia serta pemandu teksi berkenaan.

Menurut sumber, pengedar emas berkenaan dalam lawatan kerja ke Sarawak untuk menghantar stok barangan kepada penjual barang kemas di pusat bandar Miri dan Bintulu.

Katanya, mangsa yang beribu pejabat di Selangor mendakwa tiba di Miri beberapa hari lalu dan telah berkunjung ke daerah selatan Bintulu bagi menyelesaikan beberapa tawaran dengan tukang emas di sini.

Kebanyakan lebuh raya di sini tidak mempunyai jaringan telekomunikasi dan tiada lampu jalan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Jamaluddin Ibrahim hari ini mengesahkan lelaki tersebut telah membuat laporan polis berikutan kejadian berkenaan.

“Dia mendakwa telah mengalami kerugian barang kemas bernilai lebih daripada RM900,000 dalam satu rompakan bersenjata,” katanya.

Sumber polis berkata, pihaknya turut menyiasat mengapa pengedar emas itu berjalan jauh dengan membawa terlalu banyak stok barang kemas tanpa memaklumkan kepada pihak polis.

Kata sumber itu lagi, pihak polis juga sedang mendapatkan butir-butir terperinci termasuk sumber pengedar emas itu mendapatkan produknya, pembekal dan pembeli emas berkenaan serta bagaimana dia berjaya membawa bekalan emas yang banyak ke Sarawak.

Sehingga tengah hari tadi, tiada suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Kes itu merupakan kes rompakan bersenjata kedua melibatkan pengedar barang kemas di utara Sarawak.

Awal tahun ini, seorang pengedar barang kemas dari Kuala Lumpur mendakwa dia mengalami kerugian lebih daripada RM800,000 jongkong emas dalam satu romapakan bersenjata di Miri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ahli Perniagaan Dirompak RM930,000

Artikel Lain