suria

Dua Pelajar Maut Dalam Kemalangan Motosikal

KANGAR: Dua pelajar tingkatan empat maut apabila motosikal yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di tepi jalan di KM30, Lebuh raya Changlun-Kuala Perlis malam tadi.

Menurut jurucakap polis, dua mangsa tersebut, Ismail Jenun, 16, dan pembonceng motosikal itu Muhammad Badrul Hisham Mat Isa, 16, mati di tempat kejadian.

"Kejadian berlaku kira-kira 9.40 malam tadi apabila dua sahabat karib itu dalam perjalanan dari Changlun, Kedah ke Kuala Perlis," katanya.

Menurutnya, Ismail merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dan berasal dari Kampung Titi Kerbau dan Muhammad Badrul Hisham, pelajar SMK Jitra adalah dari Kubang Eriang, juga di Changlun.

Jenazah kedua-dua pelajar itu katanya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing awal pagi ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ahli Perniagaan Dirompak RM930,000

Artikel Lain