suria

Cubaan Seludup Tudung Bernilai RM37,200 Tumpas

TUMPAT: Pasukan Gerakan Marin (PGM) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup sejumlah 1,240 helai tudung dari negara jiran bernilai kira-kira RM37,200 di Kampung Tualang, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah PGM Pengkalan Kubor, Deputi Supritendan Tan Cheng San berkata, tudung berkenaan dirampas dalam satu serbuan kira-kira jam 10.10 malam di pangkalan haram Pak Soh, Pengkalan Kubor, di sini.

"Ketika serbuan, tudung berkenaan yang dibawa dengan bot telah pun diisi dalam bonet sebuah kereta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tan berkata, beberapa penyeludup yang menyedari kehadiran anggota PGM kemudiannya bertindak melarikan diri dengan meninggalkan tudung berkenaan.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, bungkusan berkenaan mengandungi 1,240 helai tudung bersulam manik yang dianggarkan bernilai RM37,200," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ahli Perniagaan Dirompak RM930,000

Artikel Lain