Polis Selangor Akan Siasat Lim Guan Eng Atas Dakwaan Menghasut - Semasa | mStar

Polis Selangor Akan Siasat Lim Guan Eng Atas Dakwaan Menghasut

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan disiasat oleh polis berhubung satu kenyataan yang bersifat menghasut berhubung insiden kematian Teoh Beng Hock yang diucapkannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) minggu lalu.

Menurut polis, ketua menteri itu boleh disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Difahamkan, Guan Eng semasa berucap pada konvensyen sulung PR itu telah menyatakan kematian Beng Hock adalah satu pembunuhan sedangkan inkues berhubung perkara itu belum lagi selesai.

Ketua Polis Selangor, Timbalan Pesuruhjaya Polis Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima aduan yang dibuat oleh orang-ramai berhubung kenyataan Guan Eng itu.

Laporan polis berhubung perkara itu, katanya dibuat pada hari Isnin baru-baru ini.

Katanya lagi, ekoran laporan polis yang dibuat itu, pihak polis akan menghubungi Guan Eng untuk diambil keterangan.

“Ada kemungkinan kita akan menghantar pegawai kita ke Pulau Pinang untuk berjumpa dengan beliau atau mungkin juga Ketua Menteri sendiri boleh datang berjumpa kita,” katanya ketika dihubungi oleh The Star.

Khalid mengingatkan orang-ramai bahawa mereka tidak seharusnya mengeluarkan apa-apa komen atau kenyataan berhubung sesuatu kes yang sedang dalam siasatan kerana itu boleh mengundang persepsi yang tidak tepat kepada masyarakat.

Kepada satu soalan, Khalid berkata, Guan Eng boleh disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Artikel Sebelum

PMR: 28,188 Pelajar Peroleh Semua A

Artikel Berikut

Polis Sita 17 Motosikal, Keluar 180 Saman

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain