SAM Mahu Kerajaan Gubal Polisi Hutan Paya Bakau - Semasa | mStar

SAM Mahu Kerajaan Gubal Polisi Hutan Paya Bakau

PULAU PINANG: Sahabat Alam Malaysia (SAM) hari ini menggesa kerajaan menggubal polisi khusus berkaitan paya bakau bertujuan memastikan hutan itu tidak dimusnahkan berikutan pelaksanaan pelbagai aktiviti pembangunan di kawasan terlibat.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, polisi itu perlu meliputi objektif pemuliharaan hutan paya bakau serta menggariskan langkah yang akan dilaksanakan bagi mencapai objektif berkenaan.

"Keutamaan hendaklah diberikan kepada merizabkan kawasan hutan paya bakau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau juga mahu hutan paya bakau dinyatakan dalam Akta Perhutanan sebagai hutan simpanan kekal.

Katanya, kejadian Tsunami pada 26 Disember 2004 patut sentiasa diingati dan pemuliharan hutan paya bakau penting kerana ia dapat memberi perlindungan terhadap bencana itu.

"Kita seakan-akan tidak mengambil pengajaran daripada kemusnahan dan impak besar tragedi tsunami, hutan paya bakau terus dikorbankan atas dasar pembangunan," katanya.

Mohamed Idris berkata, pelbagai aktiviti termasuk akuakultur yang dibangunkan di kawasan paya bakau telah menjejaskan hutan berkenaan.

Beliau berkata, projek akuakultur melalui projek Zon Industri Akuakultur mendapat galakan kerajaan dengan peruntukan RM82 juta dalam Bajet 2010 dan perkara itu membimbangkan SAM.

"SAM amat khuatir dengan perkembangan ini kerja sebahagian besar daripada kawasan yang dicadangkan adalah kawasan paya bakau atau pesisir pantai berdekatan kawasan paya bakau," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Samy Vellu Nafi MIC Gagal Daftar pemilih Baru

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?