Kerajaan Terengganu Peruntukkan RM250 Juta Untuk Pendidikan - Semasa | mStar

Kerajaan Terengganu Peruntukkan RM250 Juta Untuk Pendidikan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu menyediakan peruntukan sebanyak RM250 juta untuk bidang pendidikan di negeri itu tahun depan berbanding hanya RM200 juta tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, penambahan peruntukan itu menunjukkan kerajaan negeri amat mengambil berat terhadap bidang pelajaran terutama berkaitan dengan pencapaian pelajar.

"Kita akan pastikan semua rakyat Terengganu akan dapat menikmati bidang pelajaran dengan baik," katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan pingat emas dan hadiah kecemerlangan pelajar Yayasan Terengganu, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Md Kamarul Al-Amin Ismail.

Ahmad berkata, kerajaan negeri dapat merasakan rakyat Terengganu telah mula sedar akan pentingnya pelajaran untuk masa depan mereka dan ia terbukti dengan kejayaan cemerlang yang dicapai oleh pelajar-pelajar di negeri ini melalui peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Beliau berkata, dengan peruntukan itu juga kerajaan berharap lebih ramai anak-anak Terengganu dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan, pergigian, kejuruteraan dan sebagainya.

Sementara itu, Md Kamarul Al-Amin berkata, Yayasan Terengganu menyediakan peruntukan RM20 juta untuk pelbagai bantuan, berbanding RM18.9 juta tahun ini.

Beliau berkata, peruntukan tersebut dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 26,000 orang pelajar yang layak.

Katanya, majlis penganugerahan hari ini melibatkan pelajar seramai 6,740 orang dan Marhaina Ismail, 19, pelajar program Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh Perak, berasal dari Marang dipilih sebagai pemenang pingat emas Yayasan Terengganu tahun ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.