Lelaki Disyaki Edar Syabu RM150,000 Ditahan - Semasa | mStar

Lelaki Disyaki Edar Syabu RM150,000 Ditahan

LAHAD DATU: Polis di sini berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun dan merampas dadah dipercayai jenis syabu seberat 187 gram bernilai kira-kira RM150,000.

Lelaki berkenaan ditahan di sekitar Taman Pertama Satu, kira-kira jam 10.30 malam Isnin lepas kerana disyaki menjalankan aktiviti mengedar dadah di kawasan berkenaan dan Kampung Muhibbah.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supritendan Shamsudin Mat berkata, sebelum ditahan, lelaki berkenaan dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di kawasan bulatan Taman Pertama Satu.

"Selepas pasukan polis memerhatikan gelagat lelaki itu kira-kira 30 minit dan ingin membuat pemeriksaan, dia cuba melarikan diri sambil membuang bungkusan berwarna hitam.

"Suspek bagaimanapun berjaya diberkas dan setelah diperiksa, bungkusan hitam itu didapati mengandungi empat bungkusan plastik lutsinar yang di dalamnya terdapat ketulan jernih dipercayai syabu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shamsuddin berkata, siasatan awal mendapati dadah tersebut dibawa ke Lahad Datu melalui jalan darat dari Kota Kinabalu untuk diedar kepada pengguna di sekitar daerah ini.

Katanya, lelaki berkenaan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Malaysia Perlu Pupuk Inovasi: Najib

Artikel Berkaitan

default image

Pemilihan MPP UTM 28 Januari

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain