suria

Kedai Terbakar Bakal Jadi Tarikan Pelancong

Deretan kedai yang terbakar bakal dibaik pulih dan dimajukan untuk dijadikan tarikan pelancong.
Deretan kedai yang terbakar bakal dibaik pulih dan dimajukan untuk dijadikan tarikan pelancong.
Deretan kedai yang terbakar bakal dibaik pulih dan dimajukan untuk dijadikan tarikan pelancong.

KUCHING: Deretan kedai lama di Jalan Gambier yang terbakar malam tadi akan dibaik pulih menjadi kawasan tarikan pelancongan sebagai sebahagian daripada projek pembesaran Tebingan Kuching.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan berkata, satu pasukan petugas dari Kementerian Pelancongan dan Warisan Sarawak akan mengadakan dialog dengan pemilik-pemilik kedai itu bagi membincangkan soal membina semula bangunan tinggalan penjajah yang terbakar itu untuk menjadi sebuah pusat pelancongan.

"Ada hikmah di sebalik bencana ini, dan kerajaan akan membantu," katanya kepada pemberita bagi mengulas kebakaran yang memusnahkan deretan kedai kain, aksesori dan runcit yang berlaku pada 8.40 malam tadi.

Chan, yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan Sarawak berkata, Jalan Gambier dapat menarik pelancong yang gemar melawat Tebingan Kuching kerana lokasinya yang dekat. - BERNAMA

Artikel Lain