suria

Kaunter JPN Ditutup Sabtu Sempena Krismas

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Krismas Jumaat ini semua kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara akan ditutup pada hari Sabtu.

JPN dalam satu kenyataan hari ini berkata kaunter juga akan ditutup pada hari Ahad ini kecuali di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai penutupan kaunter itu dengan menghubungi pejabat perkhidmatan pelanggan JPN menerusi talian 03 88807077/7071/7067/7069/8206. - BERNAMA