Gempa Bumi Sederhana Dikesan Di Selatan Sumatera - Semasa | mStar

Gempa Bumi Sederhana Dikesan Di Selatan Sumatera

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.8 Ritcher dikesan melanda kawasan sekitar selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 9.11 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam datu kenyataan hari ini berkata pusat gempa bumi itu terletak di lokasi 67km dari tenggara Siberut, Indonesia dan 547 kilometer dari barat daya Melaka.

Gegaran dirasai di sesetengah kawasan di barat Semenanjung dan pihak jabatan sedang memantau perkembangan selanjutnya, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Isu Pindah Kubur Hindu Selesai: Azizan

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!