suria

Persidangan Dewan Negara Ditangguh

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara mesyuarat ketiga, penggal kedua Parlimen ke-12, selama lapan hari, yang berakhir hari ini telah meluluskan tujuh rang undang-undang baru dan pindaan kepada 12 akta yang sedia ada.

Sejak persidangan bermula 9 Disember lalu, Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010, Rang Undang-Undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008, Rang Undang-Undang Kewangan (No.2) 2009, Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009.

Turut diluluskan ialah Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009, Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2009 dan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009.

Dewan Negara juga meluluskan pindaan kepada Rang Undang-Undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009, Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009, Rang Undang-Undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008.

Rang Undang-Undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009, Rang Undang-Undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009 dan Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009.

Enam rang undang-undang pindaan yang lain adalah Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009, Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009, Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009, Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009.

Persidangan Dewan Negara ditangguhkan kepada suatu tarikh yang belum ditetapkan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain